Uskup Agung mengeluarkan kenyataan selepas menyiarkan poster bertajuk “Hormatilah Tuhan. Jangan berpakaian kurang sopan” dalam akhbar-akhbar tempatan. Poster itu juga turut tertulis, “Wanita tidak harus datang ke Gereja dengan skirt pendek, pakaian tanpa lengan atau blaus yang mendedahkan tubuh badan.”
Akhbar Correo menyiarkan kenyataan Uskup Agung bahawa “Wanita seharusnya tahu menggayakan pakaian mengikut tempat dan suasana.” “Wanita selalunya tahu
Uskup Agung juga mengingatkan bahawa kaum lelaki juga harus berpakaian sopan semasa menghadiri Misa Kudus. “
Uskup Agung Martin Rabago berkata media tidak seharusnya menumpukan secara khusus tatacara pakaian di Gereja Katolik kerana gereja- gereja evangelikal turut meminta umat mereka untuk memakai kot serta bertali leher ke Gereja.
Mengulas mengenai tuduhan kononnya kenyataan beliau berunsur misogynist (memandang rendah terhadap wanita), tegasnya, “Ini bukanlah berunsur misogynist. Saya hanya meminta setiap golongan harus berpakaian sopan sebagai menghormati kesucian Gereja. Itu sahaja.” — CNA