Peringatan kepada umat untuk bersopan semasa menghadiri MISA KUDUS


MEXICO: Uskup Agung Leon menyeru umat Katolik untuk berpakaian sopan semasa Misa Kudus. “Sekiranya anda mempunyai perasaan hormat kepada Gereja, pakailah pakaian yang sopan,” ujar Uskup Agung Jose Guadalupe Martin Rabago kepada para wartawan selepas Misa Kudus pada Julai 24 lalu.

Uskup Agung mengeluarkan kenyataan selepas menyiarkan poster bertajuk “Hormatilah Tuhan. Jangan berpakaian kurang sopan” dalam akhbar-akhbar tempatan. Poster itu juga turut tertulis, “Wanita tidak harus datang ke Gereja dengan skirt pendek, pakaian tanpa lengan atau blaus yang mendedahkan tubuh badan.”

Akhbar Correo menyiarkan kenyataan Uskup Agung bahawa “Wanita seharusnya tahu menggayakan pakaian mengikut tempat dan suasana.” “Wanita selalunya tahu gaya pakaian ke majlis perkahwinan ada berbeza dengan pakaian ke pantai atau membeli-belah.
Oleh itu, Gereja memerlukan kita berpakaian sopan kerana ia merupakan tempat kudus.”

Uskup Agung juga mengingatkan bahawa kaum lelaki juga harus berpakaian sopan semasa menghadiri Misa Kudus. “Ada golongan lelaki yang hadir ke Gereja dengan selekeh, memakai seluar pendek dan selipar.”

Uskup Agung Martin Rabago berkata media tidak seharusnya menumpukan secara khusus tatacara pakaian di Gereja Katolik kerana gereja- gereja evangelikal turut meminta umat mereka untuk memakai kot serta bertali leher ke Gereja.

Mengulas mengenai tuduhan kononnya kenyataan beliau berunsur misogynist (memandang rendah terhadap wanita), tegasnya, “Ini bukanlah berunsur misogynist. Saya hanya meminta setiap golongan harus berpakaian sopan sebagai menghormati kesucian Gereja. Itu sahaja.” — CNA


The Center For Liturgi

<<<<<+>>>>>

<<<<<+>>>>>
Home - St.Thomas Kepayan